Sunday, November 21, 2010

Siapa itu Rahim Tok Leman

Rahim Tok Leman ialah  gelaran yang saya sendiri berikan kepada almarhum ayahanda saya iaitu Tuan Haji Abdul Rahman bin Sulaiman. Dilahirkan pada 10hb June 1937, arwah Abah ialah anak ketiga Encik Sulaiman bin Daud dan Puan Zainah daripada 6 orang adik beradik. Anak pertama mereka ialah Mohd Noor, kedua Ahmad, keempat Zainul Din, kelima Omar dan yang bongsu Jamaliah dan satu-satunya adik perempuan dan yang masih hidup sehingga artikel ini ditulis.
Datuk saya, Sulaiman ialah seorang drebar kepada Pegawai Daerah ketika itu. Nenek saya pula seorang surirumah sepenuh masa (seperti kebanyakan wanita ketika itu)
Mereka tinggal di pinggir bandar Bukit Mertajam dan seterusnya berpindah ke merata tempat semenjak kematian datuk saya.

No comments:

Post a Comment